Monday, December 3, 2012

Masalah

Salam

Semua orang ada masalah, betul tak? Cuma yang membezakannya, kecil atau besar masalah tersebut. Saya nak cerita sikit pasal masalah saya. Dahulu, saya punya masa depan, memang cerah. Saya cemerlang waktu belajar, sehinggalah saya masuk ke kolej matrikulasi. Kat sana, saya dah berubah. Saya dah tak minat belajar. So, hari demi hari kat sana, saya penuhi dengan aktiviti merosakkan masa depan. Sehnggalah pada satu hari, saya mendapat perkhabaran buruk. Saya gagal untuk meneruskan pengajian ke sem depan. Saya dibuang dari kolej.

Dari tahun 2005 sehinggalah tahun 2007 saya duduk dirumah. Saya menghadapi tekanan perasaan. pada waktu itu, Arwah mak, suruh saya isi borang SPA (mohon jawatan dalam kerajaan). Saya memohon dan alhamdulillah, saya dapat bekerja sebagai kerani kewangan di MOF. Mulanya saya ingat, masa hadapan saya sudah kembali bersinar, malangnya, ujian demi ujian saya terpaksa tempuhi. Saya telah terlibat dalam masalah kewangan yang serius ekoran membuat pinjaman peribadi untuk menyertai sebuah syarikat MLM yang menjual pakaian dalam wanita. Saya terjerat dengan hutang. Mujurlah pada ketika itu, saya berkenalan dengan bakal isteri saya. Sedikit sebanyak, beban kewangan saya dapat diringankan.

Selepas kami berkahwin, sewaktu isteri saya sedang berpantang, sekali lagi saya diuji. Elaun perumahan wilayah isteri saya ditarik kerana tinggal di kuarters bersama saya. Pada mulanya, saya ingat, jika si suami yang menduduki kuarters menggunakan namanya, si isteri tidak perlu dipotong elaun. Tapi, nyata sekali saya tersilap. Bayangkan pada ketika itu, isteri saya terpaksa membayar tunggakkan elaun perumahan wilayahnya selama setahun. Sudahlah kami baru menimang cahaya mata, diuji pula dengan musibah tersebut.

Kini, hidup saya dan isteri macam biasa. Masih lagi menanggung masalah yang sama. Tapi, apa yang membezakannya, kami semakin tabah menghadapi ujian ini. Kepada anda semua, jika diuji dengan masalah, janganlah berputus asa.

Sekian

No comments:

Post a Comment