Salam
Anda sudah ada insurance? Kalau belum baik anda dapatkan sekarang. Bukan apa, kita tak boleh nak jangka pasal masa depan. Memang sekarang ni, kita sihat, kita masih lagi mampu untuk provide kat keluarga kita. Just in case, mana tahu malang tak berbau. Tiba-tiba kita jatuh sakit, atau kemalangan dan situasi yang paling teruk, kita meninggal. Apa akan jadi dengan tanggungan kita, betul tak?
Sekarang ni, macam-macam insurance yang diperkenalka. Ada yang berbentuk perlindungan, medic card, simpanan dan macam-macam lagi. Terpulang kepada kita untuk memilih yang mana satu sesuai untuk kita. Pertimbangkan sekali kemampuan kita untuk membayar premiumnya. Jangan pula kita mahu perlindungan yang tinggi dan menyeluruh, tetapi selepas 3-4 bulan, kita dah tak mampu untuk membayarnya.
Kat sini, saya tidaklah nak mempromosi mana-mana insurance, just nak bagitahu pentingnya mengambil insurance ni. Jangan pula ada yang berpandangan saya nak promote mana-mana insurance pula ye? So, sekarang terpulang pada anda samada untuk meneliti apa yang saya tulis nih. Secara peribadi, setakat ini saya cuma ada satu sahaja insurance, itupun insurance yang saya dapat bersekali dengan pinjaman ASB saya. Masih lagi dalam perancangan untuk mengambil perlindungan insurance. So, kepada pembaca yang memang jual insurance tu, bolehlah promote kat saya ye?
Sekian
No comments:
Post a Comment