Memandangkan ini post pertama saya kat blog ni, saya nak ceritakan sedikit pasal anak sulong saya, Ahmad Mikhael Aryan. Lahir pada 14 Ogos 2011. Waktu memula nak sambut kelahiran dia, macam-macam benda jadi kat saya. Maklumlah, pengalaman kali pertama dapat anak. Semua benda, dari uruskan uri, makanan untuk berpantang dan cara nak dukung bayi, semua rujuk dekat mak cik Google ngan pak cik Youtube. Mak dah takde, sebab tu semua kena berpandukan internet. Mak mertua pulak, jauh di Sarawak. Memang agak susah sikit nak bertanya, tambahan saya tak fasih berbahasa kedayan. Cuma faham sikit-sikit sahaja. Waktu anak sulong saya ni lahir, saya memang susah hati, ye la, boleh ke saya jaga anak saya ni, dah cukup bersedia ke saya ni. Tapi Alhamdulillah, dengan pertolongan kakak-kakak saya, isteri saya dan sahabat-sahabat saya, saya boleh buat. So, kepada bakal-bakal papa diluar sana yang rasa ragu-ragu tuh, jangan risau, bila kita dah dianugerahkan dengan anak, tandanya kita memang sudah bersedia. Jangan risau dan banya berfikir.

Mikhael waktu raya di Sarawak.
Oklah, rasanya cukup setakat ni untuk post kali ni. Bye!!!
No comments:
Post a Comment